Posts

Showing posts from 2020

Program Anjuran PIRKVL Sempena Bulan Kemerdekaan 2020

Image
Sempena bulan kemerdekaan 2020, Perpustakaan Ibnu'r Razzaz Kolej Vokasional Labuan (PIRKVL) dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam dan Moral akan mengadakan program bagi menyemai sikap patriotik dan sayang akan negara. Sambutan kemerdekaan ini akan melibatkan semua pelajar dan juga staf Kolej Vokasional Labuan. Antara program yang akan dijalankan ialah seperti berikut: ( sila rujuk laman sesawang rasmi PIRKVL untuk syarat-syarat penyertaan )   Aktiviti-aktiviti yang dijalankan diharap dapat memberi manfaat kepada semua.

Bengkel Sistem Automasi, Website dan Page Peringkat Kolej Vokasional Labuan

Image
Pada 14 Julai 2020 (Selasa), Perpustakaan Ibnu'r Razzaz Kolej Vokasional Labuan (PIRKVL) telah mengadakan Bengkel Sistem Automasi, Website dan Page Peringkat Kolej Vokasional Labuan. Bengkel tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang Sistem Automasi yang sering digunakan di PIRKVL serta proses kemasukan maklumat di dalam  Website  dan  Page PIRKVL. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PIRKVL seramai 13 orang. Semoga perkongsian di dalam bengkel tersebut memberi input kepada semua ahli dan Syabas dan tahniah diucapkan atas komitmen yang diberikan.

Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengoperasian Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Image
Pada 6 Julai 2020 (Isnin), Perpustakaan Ibnu'r Razzaz Kolej Vokasional Labuan (PIRKVL) telah menerima lawatan daripada Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan bagi Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengoperasian Pusat Sumber Sekolah (PSS). Pegawai SSTP Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan yang hadir ialah Pn. Norsiah binti Sulaiman, Pn. Malai Hasnah binti Malai Ahmad dan En. Mohd Firli Firzuan Lee. Syabas dan tahniah diucapkan kepada setiap Ahli Jawatankuasa di bawah PIRKVL kerana telah membuat persiapan dari segi kebersihan dan kekemasan serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Persediaan Perpustakaan Ibnu'r Razzaz Kolej Vokasional Labuan (PIRKVL)

Image
Pada 3 Jun 2020, Unit PIRKVL telah membuat persediaan untuk pembukaan semula PIRKVL setelah diumumkan tarikh rasmi pembukaan KVL pada 24 Jun 2020 (Rabu). Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua ahli Unit PIRKVL.

Pemilihan Tokoh NILAM Kolej Vokasional Labuan

Image
Pada 24 Februari 2020, PIRKVL telah mengadakan pemilihan Tokoh NILAM 2020 peringkat KV Labuan. Seramai 18 orang penyertaan yang melibatan pelajar tahun 1 SVM dan tahun 2 SKM. Pemilihan Tokoh NILAM ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu:  i. Bahasa Melayu (Individu dan Kumpulan)  ii. Bahasa Inggeris (Individu dan Kumpulan)

Lawatan Kolej Vokasional Kudat ke PIRKVL

Image
Pada 11 Februari 2020, Kolej Vokasional Kudat telah datang ke Kolej Vokasional Labuan bagi Program Penanda Aras Akreditasi MBOT. KV Kudat turut melawat PIRKVL untuk mendapatkan sedikit input berkenaan dengan lawatan MBOT sebelum ini.

Majlis Perasmian Program NILAM 2020

Image
Pada 7 Februari 2020, Majlis Perasmian Program Nilam telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Siti Muslihah Binti Hj. Leeudin, Pengarah Kolej Vokasional Labuan bertempat di Dewan Campin, KVL. Di samping itu, penyerahan pelantikan Guru Bahasa turut dilaksanakan pada majlis tersebut.

Lawatan Pelajar Baru 1SVM ke PIRKVL

Image
Pada 28 Januari 2020, pelajar tahun 1 SVM telah mendaftar ke Kolej Vokasional Labuan. Minggu Orientasi juga telah dijalankan pada minggu tersebut. PIRKVL telah menerima lawatan daripada pelajar tahun 1 SVM pada 29 Januari 2020.  Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendedahkan pelajar tentang penggunaan serta tatacara penggunaan PIRKVL.