Bengkel Sistem Automasi, Website dan Page Peringkat Kolej Vokasional Labuan
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Pada 14 Julai 2020 (Selasa), Perpustakaan Ibnu'r Razzaz Kolej Vokasional Labuan (PIRKVL) telah mengadakan Bengkel Sistem Automasi, Website dan Page Peringkat Kolej Vokasional Labuan. Bengkel tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang Sistem Automasi yang sering digunakan di PIRKVL serta proses kemasukan maklumat di dalam Website dan Page PIRKVL. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PIRKVL seramai 13 orang.
Semoga perkongsian di dalam bengkel tersebut memberi input kepada semua ahli dan Syabas dan tahniah diucapkan atas komitmen yang diberikan.
Sempena bulan kemerdekaan 2020, Perpustakaan Ibnu'r Razzaz Kolej Vokasional Labuan (PIRKVL) dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam dan Moral akan mengadakan program bagi menyemai sikap patriotik dan sayang akan negara. Sambutan kemerdekaan ini akan melibatkan semua pelajar dan juga staf Kolej Vokasional Labuan. Antara program yang akan dijalankan ialah seperti berikut: ( sila rujuk laman sesawang rasmi PIRKVL untuk syarat-syarat penyertaan ) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan diharap dapat memberi manfaat kepada semua.
Baru-baru ini, beberapa orang pensyarah dari Kolej Vokasional Labuan terlibat dalam Sesi Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Vokasional Labuan dengan Perbadanan Labuan bertempat di Blok A, Wisma Perbadanan Labuan pada 1 Oktober 2019 (Selasa) pada pukul 8.00 sehingga 9.00 pagi. Rujukan: Utusan Borneo
Pada 3 Jun 2020, Unit PIRKVL telah membuat persediaan untuk pembukaan semula PIRKVL setelah diumumkan tarikh rasmi pembukaan KVL pada 24 Jun 2020 (Rabu). Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua ahli Unit PIRKVL.
Comments
Post a Comment